KETAHUI 10 SEBAB ANAK IBU MALAS BELAJAR-Bahagian 1

KETAHUI 10 SEBAB ANAK IBU MALAS BELAJAR – BAHAGIAN 1

.

.

Cuba ibu semua teliti balik jadual persekolahan anak ibu. Adakah minggu peperiksaan semakin dekat? Mungkin dalam masa seminggu @ 2 minggu yang akan datang?

.

Jika ya, apa persiapan anak ibu? Bagaimana prestasi anak ibu setakat ini?

.

Semua ibu bapa mahu lihat anak mereka berjaya. Jika kita lihat anak asyik bermain je dan langsung tak nak sentuh buku, tentulah kita sebagai ibubapa berasa risau, kan?

.

Tapi, adakah kita tahu apa masalah yang dihadapi oleh sang anak hingga membuatkan mereka malas belajar?

.

Kita teliti 5 sebab ini dahulu.

.

1) Kerja sekolah terlalu banyak

Kadangkala, kerja sekolah yang banyak membuatkan pelajar mengalami tekanan. Bila tertekan, tentulah motivasi untuk belajar tiada. Tambah-tambah lagi bila soalan yang diberikan menjangkaui kemampuan pelajar itu sendiri.

.

2) Tidak menyukai sesetengah subjek @ guru yang mengajar subjek tersebut

Ada pelajar tidak suka subjek sejarah kerana melibatkan hafalan. Ada yang tidak suka subjek matematik kerana formula yang pelbagai. Ada juga yang tidak suka cara cikgu mereka mengajar mungkin kerana pendekatan yang membosankan. Semua ini memberi pengaruh kepada motivasi dalam diri anak anda untuk belajar.

.

3) Tidak berminat dalam akademik

Setiap individu itu unik. Tidak semestinya bidang sukan dan kemahiran tidak memberi kejayaan kepada seseorang. Lihat sahaja Safiq Rahim, tetap berjaya dalam bidang yang diceburinya.

.

4) Gangguan fizikal seperti penglihatan dan pendengaran

.

Bukan tak mahu belajar, tetapi deria yang membataskan. Amat sukar untuk memahami apa yang diterangkan apabila kita tidak nampak apa yang ditulis oleh cikgu di papan hitam. Begitu juga dengan kurang pendengaran. Sekiranya ini terjadi kepada anak anda, jangan teragak-agak untuk jumpa optometris dan doktor bertauliah untuk dapatkan rawatan lanjut.

.

5) Mak Ayah kerap bergaduh di hadapan anak-anak. 

Aura stress dari mak ayah dapat dirasai oleh anak-anak apabila ibu bapa bergaduh, tengking menengking, pukul memukul di depan anak-anak. Anak merasa tertekan, dan hilang motivasi untuk belajar..

.

#anakmalasbelajar #belajar #exams #tipsmamagojes

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s