MEROYAN – APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA?

MEROYAN – APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA?.

.

Seperti yang pernah kami bincangkan sebelum ini, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada sakit meroyan di kalangan ibu bersalin.

.

Dalam kes meroyan, masayarakat sekeliling seperti suami, ibubapa, adik beradik, jiran tetangga dan sahabat handai turut memainkan peranan dalam mengenalpasti samada si ibu sakit meroyan dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya si ibu didapati meroyan.

.

Apa yang masyarakat sekeliling boleh lakukan ialah:

.

+ Membawa si ibu berjumpa doktor psikiatri untuk rawatan lanjut

Dalam hal ini, ahli keluarga hendaklah mengetepikan soal malu apabila mahu membawa si ibu berjumpa doktor. Dengan cara ini, si ibu boleh dapatkan rawatan yang betul sekaligus kejadian seperti membunuh bayi atau diri sendiri dapat dielakkan.

.

+ Galakkan si ibu untuk mendapatkan rehat yang cukup

Tentulah dalam tempoh berpantang, si ibu akan tidak cukup tidur melayan kerenah bayi yang baru lahir. Tambahan lagi sekiranya bayi itu sakit kuning atau tergolong alam kategori bayi kolik. Gantilah tempat si ibu buat sementara waktu bagi memberi peluang untuk si ibu berehat.

.

+ Menjadi seorang pendengar yang baik

Apabila si ibu mengutarakan masalah yang mereka hadapi, suami atau ahli keluarga hendaklah memandang berat tentang permasalahan tersebut lebih-lebih lagi apabila si ibu mengatakan dia terdengar suara-suara halus dan seumpamanya. Masalah-masalah lain yang mungkin dipandang remeh oleh orang lain, boleh jadi merupakan masalah besar yang sedang dihadapi oleh si ibu. Jadi, kepada yang mendengar, berilah sedikit empati dan sokongan kepada si ibu yang bermasalah tadi.

.

Cukuplah 3 sahaja tips yang kami berikan. Apa yang penting, istiqomah dan sentiasa tidak putus asa dalam menyelesaikan masalah kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s