5 Cara Mudah Menggayakan Warna Pastel

Warna pastel – juga dikenali sebagai ‘warna-warna pelangi’ atau ‘warna marshmallow’ atau  ‘warna lembut’ telah lama mendapat tempat di kalangan hijabista.

Ditambah dengan trend hipster masa kini, warna-warna pastel tidak terkecuali digunakan semasa menggayakan fesyen tersebut.

Berikut merupakan cara mudah menggayakan warna pastel tanpa anda risau tenggelam dek arus fesyen masa kini.

 1) Gabungan warna pastel dan warna neutral
.

 Ini merupakan kaedah gabungan selamat. Ia juga tidak akan pernah menghampakan sesiapa yang menggayakannya. Ini kerana gabungan ini memberi efek manis kepada yang melihatnya.

image
Warna neutral adalah warna-warna seperti hitam, putih dan biru gelap.
image

 

image

 

2) Gabungan warna pastel dan bercorak

 Samada baju atau skirt yang bercorak, pastikan warna pastel yang digunakan ada dalam bahagian pakaian yang bercorak. Sebagai contoh, skirt motif bunga yang digunakan hendaklah mempunyai warna merah jambu sekiranya memakai baju polos dari warna merah jambu.

.
.
 3) Gabungan warna pastel dengan pastel
.

Bagi yang berkulit gelap, disarankan untuk memakai warna yang ringan dan muda atau tona-tona dari warna krim. Warna pastel yang lebih kuat dan terang sesuai dipakai sekiranya anda dari golongan yang berkulit cerah.

 

 4) Gabungan warna pastel dan warna terang

Sekiranya anda seorang yang berani dalam berfesyen, gabungan warna ini sangat sesuai untuk anda. Gabungan warna ini juga boleh dipakai bersama aksesori lain seperti beg atau kasut terang.

.
.
 5) Monokrom
.
 Memakai hanya satu warna sahaja menampakkan kesederhanaan. Juga sangat sesuai dipakai untuk acara rasmi.
.
Walaubagaimanapun, dalam berfesyen apa yang penting adalah keselesaan – kerana fesyen sangat berkait dengan personaliti.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s