3 JENIS MEROYAN YANG KITA PERLU TAHU

KETAHUI 3 JENIS MEROYAN IBU PASCA BERSALIN.

.

Rentetan daripada peristiwa-peristiwa ibu membunuh bayi mereka, @tipsmamagojes berasa bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap penyakit MEROYAN yang dialami oleh ibu-ibu selepas melahirkan.

.

Kami sangat percaya bahawa komen-komen seperi ‘lemah iman’, ‘sampai hati’ dan ‘kejamnya’ merupakan komen yang tidak berasas dan tiada empati. MENGAPA? Baik, kita baca dulu jenis-jenis MEROYAN yang wujud di dunia ini dari sudut sains dan perubatan.

.

1) BABY BLUES

Baby blues adalah tahap meroyan yang tidak serius. Ia berlaku dari 1 hingga 3 hari selepas melahirkan. Lumrah sekiranya seorang ibu mengalami gelisah, sedih, perasaan bercampur baur dan nerasa khuatir tanpa alasan kerana baru menerima ‘orang baru’ dalam keluarga si ibu. Tahap meroyan ini tidak akan membabitkan tindakan ganas.

.

2) POSTPARTUM DEPRESSION

Tahap kedua meroyan ini adalah lanjutan daripada BABY BLUES tadi. Kadangkala, ia terjadi secara tiba-tiba dalam tempoh 2 minggu hingga 1 tahun selepas melahirkan. Ia mengambil masa untuk sembuh. Si ibu akan menangis tanpa sebab, insomnia/hypersomnia, lemah dan lesu, sensitif, sedih/hiba yang tak berkesudahan, sakit kepala dan tiada motivasi untuk menjaga bayi mereka. Keadaan lebih serius terjadi jika si ibu merasakan dirinya tidak berguna dan mula melayan idea ingin mati.

.

3) POSTPARTUM PSYCHOSIS

.

Tahap ketiga meroyan ini juga boleh tercetus secara tiba-tiba dari 4-6 minggu selepas melahirkan. Si ibu semakin hilang kewarasan apabila sering berhalusinasi, bersikap ganjil, delusi pemikiran, bicaramya meracau, sering melihat objek-objek yang tidak nampak, mendengar bisikan-bisikan halus dan merasa sentuhan-sentuhan halus. Pada tahap ini, risiko untuk si ibu membunuh diri atau membunuh bayi sangat-sangat tinggi.

.

Ketahuilah bahawa MEROYAN itu adakah suatu bentuk tekanan yang mana apabila si ibu tidak dapat menanggungnya secara mental dan fizikal, maka terjadilah peristiwa menyayat hati akibat hilangnya kewarasan si ibu tadi.

.

#mommylife #berpantang #meroyan #gila #berpantangselepasbersalin #postpartumdepressionawareness #postpartumpsychosis #postpartumpsychosisisreal #postpartumpsychosisawareness

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s