7 PUNCA IBU-IBU DI DUNIA GILA MEROYAN

7 PUNCA IBU-IBU DI DUNIA GILA MEROYAN.

.

Gila meroyan dalam erti kata lain, si ibu telah hilang kewarasannya dalam bertindak ketika dalam tempoh berpantang sehingga bayi berumur setahun merupakan suatu penyakit yang harus dititikberatkan.

.

Gila meroyan boleh membawa kepada kenatian bayi, malah si ibu itu sendiri.

.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kadangkala kita perlu mencari punca kepada permasalahan tersebut. Ya, supaya pisang tidak berbuah 2 kali.

.

Jadi, apa punca ibu-ibu di dunia ini menghidap gila meroyan? Mari kita lihat;

.

+ Perubahan hormon dalam badan

Paras hormon yang turun naik dengan mendadak di dalam badan menyebabkan ibu mengalami perubahan mood yang ketara. Mood swing orang kata.

.

+ Kurangnya sokongan dari ahli keluarga dan suami

Kadangkala, ibu terpaksa buat kerja-kerja rumah disebabkan tiada ahli keluarga yang dapat menolong menjaga mereka ketika berpantang. Dalan hal ini, si suami hendaklah bersikap bertimbang rasa. Bantulah si isteri melakukan kerja-kerja rumah dan urusan anak yang lain bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi si isteri. Tak lama pun. 44 hari je. 😊

.

+ Mendapat bayi pra matang/tidak sihat

Tentunya ibu stress; sudahlah anak sakit, ibu pula tidak dapat berpantang dengan betul akibat terpaksa berulang-alik ke hospital menjaga bayinya di sana. + Sukar untuk menyusu badan

.

+ Mempunyai sejarah sakit psikiatri dan kemurungan ketika mengandung

.

+ Menghadapi situasi traumatik semasa hamil seperti kematian ahli keluarga dan bercerai

.

+ Mempunyai masalah kewangan, kerja, suami dan keluarga

.

Punca-punca ini, jika tidak diatasi boleh menyebabkan si ibu menghadapi stress yang berpanjangan dan seterusnya menghidapi gila meroyan.

.

Jika terdapat tanda-tanda ibu sudah meroyan, cepat-cepat dapatkan bantuan dan bantulah si ibu ini untuk pulih.
Tidakkah kita kasihan dengan anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang si ibu? Jika si ibu sakit, bagaimana ibu tersebut dapat menjaga anaknya dengan penuh kasih?

.

Jangan pandang enteng, bertindaklah segera.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s