IS THIS PICTURE DISTURBING? YES, IT SHOULD BE. 

Sengaja Kak Mir letak gambar yang boleh mengganggu kestabilan emosi ibu semua pagi-pagi ni..

Bagi ibu-ibu yang pernah mengalaminya, tentu faham maksud gambar tersebut.

.

Ya, wanita dalam gambar tersebut sedang mengalami kemurungan, atau meroyan.

.

Meroyan boleh jadi atas beberapa sebab; tapi yang pastinya apabila sampai tahap membunuh, samada membunuh bayi atau diri sendiri, itu bermaksud badan dan mental ibu sudah tidak dapat menampung tekanan yang dihadapi. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

.

Apabila mengalami tekanan selepas bersalin, apa yang ibu boleh lakukan ialah,

.

+ Guna saluran-saluran tertentu untuk menzahirkan perasaan ibu.

Sekarang kita ada banyak medium untuk luahkan perasaan. Contohnya, whatsapp suami atau ahli keluarga lain tentang perasaan dan tekanan yang ibu hadapi. Cukup sekadar meluahkan kepada insan yang sudi mendengar dengan penuh empati, ibu pasti akan merasa lega setelah melakukannya.

.

+ Mendapatkan nutrisi yang sempurna

Terdapat buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan yamg dapat membantu menstabilkan emosi si ibu. Carilah makanan yang mengandungi banyak vitamin B kompleks agar emosi ibu sentiasa terpelihara.

.

+ Banyakkan berdoa dan berzikir

Berdoa dan berzikir sedikit sebanyak membantu menenangkan si ibu. Kerana pergantungan kita hanya kepada Allah, dan Dialah sebaik-baik penolong.

.

+ Tambahkan ilmu

Kadangkala, masalah penyusuan terjadi disebabkan ibu kurang ilmu. Begitu juga apabika berdepan dengan bayi yang kuat menangis, meragam dan sebagainya. Apabila ilmu cukup di dada, ibu tentu lebih tahu bagaimana untuk mengawal situasi dan mengurangkan tekanan yang ada.

.

+ Berurut, Bertungku dan Berbengkung

Jangan tinggal amalan di atas. Selain dapat memulihkan badan, sesi ini juga dipercayai dapat mengurangkan stress yang ibu alami apabila berbual dengan tukang urut.

.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Cuba, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s