KETAHUI 10 SEBAB ANAK IBU MALAS BELAJAR – BAHAGIAN 2

KETAHUI 10 SEBAB ANAK IBU MALAS BELAJAR – BAHAGIAN 2.

.

Sebagai ibubapa, tentulah kita mahu anak-anak kita berjaya dalam dalam hidupnya.

.

Bagi anak-anak yang masih di alam persekolahan, tentulah kita mahu anak-anak berjaya dalam akademik.

.

Anak yang rajin belajar dan sentiasa cemerlang dalam peperiksaan sering menjadi dambaan ibubapa. Tapi, langit tak selalunya cerah. Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

.

Menjadi ujian kepada ibubapa sekiranya anak dilihat malas untuk belajar walaupun sudah puas sudah dimarahi dan dileteri.

.

Ada beberapa sebab anak malas untuk belajar. Mungkin inilah yang dialami oleh anak kita.

.

6) Selalu dibanding-bandingkan.

Letak sahaja diri kita di tempat anak. Apakah perasaan kita jika kita selalu dibanding-bandingkan dengan orang lain. Setiap individu itu unik, mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Gilapkan kelebihan yang ada dan perbaikilah kekurangan anak tersebut.

.

2) Tiada contoh rajin yang dapat dilihat.

Anak-anak lebih mudah meniru contoh daripada mendengar nasihat yang diberikan oleh orang tuanya. Kalau tiada ibubapa yang rajin menelaah ilmu, bagaimana halnya dengan si anak?

.

7) Bermain sehingga letih.

Fitrah anak-anak suka bermain. Namun, harus bataskan masa bermain agar anak tidak terlalu penat semasa membuat kerja sekolah dan ulangkaji.

.

Cukuplah setakat ini sahaja dulu sebab yang mungkin anak kita malas belajar ye. InsyaAllah esok kami akan kongsikan baki lagi 2 sebab anak kita tidak mahu belajar.

.

Semoga anak-anak kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

.

Leave a comment