ANAK GAGAL DALAM PEPERIKSAAN? APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

ANAK GAGAL DALAM PEPERIKSAAN? APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?.

.

Pertama sekali, sematkan rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya anak masih taat kepada Allah dan ibubapanya.

.

Kedua, perbaikilah hubungan antara suami dan isteri. Boleh jadi anak merasa tertekan melihat hubungan ibubapa mereka yang tidak sihat. Apabila tertekan dengan masalah peribadi, masakan dapat fokus dalam pembelajaran.

.

Jangan membuat tuntutan atau ugutan kepada anak-anak dengan kenyataan negatif seperti anak-anak berhutang dengan orang tua mereka yang telah menyekolahkan mereka. Boleh jadi hal ini akan menyebabkan anak berdendam dan menyimpan amarah kepada ibubapanya seterusnya tidak mahu menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Lagipun, memang tanggungjawab ibubapa memberi pendidikan kepada anak-anak. Tidak patut sekiranya ibubapa meminta balasan berupa wang.

.

Tidak dinafikan markah peperiksaan itu sangat penting. Namun, apa yang paling penting, anak-anak faham akan ilmu yang disampaikan. Anak-anak juga harus menjadi insan yang mencintai ilmu. Itulah wawasan ibubapa sebenar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s